Pernah makan kuih apam? Tapi ni bukan apam balik, apam spesial sikit…hehe, kuih apam kali ni dicampur dengan buah nangka dan coklat, agak-agaknya macam mana rasa dia yer mesti sedap lebih-lebih lagi makan waktu petang dengan air kopi sebab apam kan hidang panas. Nak tahu meh kita cuba belajar cara buat coklat apam nangka.

Bahan-bahan A
5 1/2 ibu roti segera
20 g tepung
50 ml air suam
(campurkan semua bahan-bahan A sehingga sebati lalu biarkan selama 5-10 minit hingga berbuih)

Bahan-bahan B
2 biji telur
150 g gula
280 g tepung (diayak)
300 ml pati santan
200 ml air suam
20 g serbuk koko
1/2 sudu teh garam
10 ulas nangka (dihiris panjang)
100 g kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam

(diayakkan bersama air suam dan serbuk koko)
(diayakkan bersama kelapa parut putih dan garam)

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan telur.

2. Masukkan bahan A, bancuhan koko dan kacau sehingga rata.

3. Masuk dan kacau tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan santan. Biarkan adunan naik.

4. Masukan satu senduk adunan ke dalam kuali panas yang disapu minyak dan susun beberapa hirisan nangka di atasnya.

5. Bila bahagian bawahnya menjadi kuning balikkan apam tersebuk, biarkan seketika, balikkan semula dan tabur sedikit kelapa.

6. Lipat dua dan angkat. Hidang ketika panas.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (6 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +6 (from 6 votes)
Share

Kek coklat keju marmar? wah, hebatnya nama kek ni… Tapi macam mana dengan rasa dia, adakah sama hebat dengan namanya. Kek coklat ni sesuai untuk sambutan hari lahir dan juga untuk pengantin. Em, macam mana nak buat kek coklat ni, jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya. Selamat belajar…

Bahan-bahan
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
35 g serbuk koko
250 g tepung
3 biji telur
85 g gula (dibahagi dua)
185 g mentega
250 g krim keju

(diayakkan bersama serbuk penaik, serbuk koko dan tepung)

Cara membuatnya
1. Pukul mentega dan sebahagian gula sehingga kembang.
2. Masukkan dua biji telur. Pukul sebati.
3. Gaulkan bahan ayak ke dalam adunan.
4. Tuangkan ke dalam dulang pembakar bulat berukuran 9 inci yang telah digriskan.
5. Pukul krim keju, sebiji telur, bakiu gula dan esen vanila di dalam bekas berasingan. Kacau sebati.
6. Tuangkan ke bahagian tengah Permukaan adunan yang telah disediakan.
7. Lakarkan bentuk marmar menggunakan pisau.
8. Bakar pada suhu 150ºC selama satu jam atau hingga masak.
9. Biarkan sejuk di dalam ketuhar terbuka.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (4 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +4 (from 4 votes)
Share

Mungkin antara kita sudah tak asing lagi dengan biskut coklat badam ni, kerana biskut ni cukup-cukup porpular pada hari raya.  Tapi masalahnya tak asing dari segi makan saja lah kan, macam mana dari segi membuatnya. Tak lah susahpun nak buat biskut coklat ni, ok jom kita belajar cara buat biskut coklat badam.

Bahan-bahan
1 sudu teh serbuk penaik
120 g tepung jagung
360 g tepung
1 sudu teh esen almond
2 biji telur
60 g coklat masakan
180 g serbuk badam
380 g gula
180 g mentega

(diayakkan bersama serbuk penaik, tepung jagung dan tepung)

Hiasan
-buah badam (dicincang halus)
1 biji telur

Cara membuatnya
1. Pukul mentega dan gula.
2. Masukkan telur, coklat masakan, esen almond dan serbuk badam.
3. Gaulkan bahan ayak ke dalam adunan dan gaul rata.
4. Gelekkan setebal 1/2 cm dan terap mengikut bentuk yang disukai.
5. Sapukan telur yang telah dipukul, taburkan buah badam cincang dan bakar pada suhu 170ºC selama 20-25 minit atau sehingga masak.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (3 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +3 (from 3 votes)
Share

Coklat Faj merupakan salah satu jenis coklat buatan tangan. Coklat faj ini amat diminati oleh kanak-kanak disebabkan ia mengandungi campuran kacang tanah, badam dan gajus ditambah pula dengan kemanisan coklat tu. Memang lazat. Pada seri rumah, ibu tunggal ataupun siapa saja bolehlah pasarkan coklat faj ni. Ok, tanpa buang masa lagi, mari kita belajar cara buat coklat Faj ini.

Bahan A
40 g serbuk koko (diayak)
60 g mentega
20 g kopi segera
120 g gula
340 g susu pekat manis

Bahan B
40 g kacang tanah
40 g badam
40 g gajus
1/2 sudu teh esen vanila

(dipanggang dan dicincang bersama kacang tanah, badam dan gajus)

Cara membuatnya
1. Masakan semua bahan A di atas api yang perlahan dan kacau sehingga adunan tidak melekat pada tepi kuali.
2. Masukkan bahan B.
3. Tuangkan dan ratakan dan adunkan ke dalam dulang yang telah digris.
4. Potong ketika panas. Biarkan sejuk dan beku.
5. Bungkus setiap satu dengan kertas plastik.
6. Sejukkan sebelum dihidang.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.5/10 (6 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +4 (from 4 votes)
Share

Tajuk kali ini lain sikit dari yang lain, sebab tu ia kategori istimewa. Apa yang kita nak belajar kali ni bukan untuk buat coklat atau dari kek coklcoklat, kita cuma menggunakan bahan-bahan dari coklat itu sahaja seperti serbuk koko. Kita akan belajar buat ayam panggang cili bercoklat, memang la tak sesuai untuk dipasarkan tapi ia boleh dibuatkan resipi istimewa untuk restoran-restoran, kedai makan ataupun buat makanan pengantin ok juga. Oleh kerana ia istimewa, sukar lah sikit nak buatnya. Sabarlah ye, adat belajar…hehe.

Bahan-bahan
1 ekor ayam (sederhana besar)
125 ml susu sejat
Jus dari 1/2 biji lemon
1 1/2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makanminyak masak
3 sudu teh cili serbuk
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (digariskan)
1 sudu makan bijan (digaringkan)
1 sudu makan gula
3 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada sulah
2 sudu makan bijan
-sedikit minyak masak (untuk sapu)

(dicampurkan susu sejat dan jus lemon hingga menjadi susu masam)

Cara membuatnya
1. Sapukan ayam dengan sedikit minyak masak.
2. Panggang dalam ketuhar pada suhu 180ºC selama 40 minit atau hampir kekuningan.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar selama 8-10 minit.
4. Perasakan dengan garam dan lada putih.
5. Tuangkan sos ke atas ayam yang telah dipanggang.
6. Tutup dengan kerajang aluminium.
7. Panggang lagi selama 40 minit pada suhu 160ºC sehingga masak.
8. Taburkan sedikit bijan dan hidangkan panas.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (5 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +3 (from 3 votes)
Share