Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Coklat Adalah Sumber Tenaga

Coklat Adalah Sumber Tenaga

Kebanyakan produk-produk berasaskan koko seperti coklat, minuman koko dan konfeksioneri dihasilkan melalui campuran bahan-bahan separa seperti koko dengan bahan-bahan lain seperti susu dan gula.

Coklat ialah sejenis bahan makanan yang mengandungi tiga bahan utama yang berasaskan koko seperti likur dan lemak koko, gula dan susu. Oleh itu, coklat bukan sahaja merupakan bahan makanan yang lazat tetapi juga kaya dengan zat makanan yang diperlukan.

Coklat kaya dangan sumber tenaga yang diperolehi daripada barangan berasaskan koko, susu dan gula. Sumber tenaga yang tinggi dalam coklat adalah berasaskan kepada kandungan lemak, karbohidrat dan protein.

TENAGA LEMAK PROTEIN
Oleh kerana semua jenis coklat mengandungi gula dan maka coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi. Coklat mengandungi sumber tenaga yang kaya dalam bentuk yang mudah dan padat. Oleh itu coklat digunakan sebagai
makanan gantian dalam kebanyakan ekspedisi.
Coklat mengandungi kira-kira 30% daripada asid lemak. Lemak adalah sumber tenaga utama dalam coklat yang juga bertindak sebagai medium pembawa Vitamin A, D, E dan K yang terlarut dalam lemak. Kandungan protein dalam coklat mungkin rendah. Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh diperbaiki dengan menambahkan susu. Kandungan protein dalam coklat susu mencukupi kerana dicampurkan dengan susu. Protein penting kepada badan kita untuk memperbaiki tisu dan membantu pertumbuhan sel.

Di samping itu, coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharaan protein tubuh manusia, kaya dengan Vitamin A dan D serta sumber Vitamin B seperti Tiamina, Riboflavin dan Niasin.

 

Share
Tagged: , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge