Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Coklat Makanan Penyelamat

Coklat Makanan Penyelamat

Barangan akhir koko seperti coklat dan minuman koko boleh menyediakan keperluan nilai pemakanan yang seimbang kepada manusia kerana ia mengandungi zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh manusia. Kandungan lemak, karbohidrat dan protein di dalam coklat menjadi pembekal tenaga segera yang penting terutama kepada golongan yang aktif seperti kanak-kanak dan golongan remaja. Memandangkan coklat dan minuman pek sedia koko berkhasiat dan mempunyai pembungkusan yang mudah, maka ia amat sesuai untuk dijadikan bekalan makanan semasa menyertai aktiviti luar seperti rekreasi atau sukan.

Sesiapa yang bercadang untuk mengadakan pengembaraan, ekspedisi pendakian atau aktiviti memancing sepanjang hari semestinya membawa kepingan coklat sebagai bekalan. Semasa perang dunia kedua, kerajaan Amerika Syarikat telah mengakui kepentingan coklat untuk meningkatkan semangat pasukan tenteranya. Sehingga hari ini, coklat telah disenaraikan sebagai salah satu bahan makanan segera di dalam keperluan makanan harian tentera Amerika Syarikat.

Pada tahun 1993, empat orang rakyat Britain telah terselamat dalam cuaca salji tebal di Russian Caucasus dengan berbekalkan tiga kepingan coklat. Pakar-pakar pendaki Scot menasihatkan orang ramai yang ingin membuat pendakian supaya mengambil minuman panas dan makanan yang mengandungi tenaga yang tinggi seperti kepingan coklat atau kek. Para angkasawan yang menjalankan misi ke angkasa lepas sendiri membawa bersama coklat sebagai keperluan bekalan makanan meraka.

Share
Tagged: , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge