Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Hasil Koko Selain Coklat

Hasil Koko Selain Coklat

Selain menghasilkan coklat, buah koko juga diproses untuk bahan makanan lain seperti bahan asas makanan, gula-gula dan coklat sapuan. Sementara kulit buah koko yang telah dihancurkan pula boleh dijadikan makanan sampingan binatang-binatang ternakan seperti lembu dan kambing.

 

Lelehan air koko daripada pulpa sebelum proses pemeraman boleh dikumpulkan dan dicampur dengan bahan-bahan lain untuk menghasilkan minuman segar, jeli, jem dan sebagainya.

 

 

Lemak koko boleh dicampurkan dengan bahan-bahan lain bagi menghasilkan bahan-bahan kosmetis seperti sabun, syampu, gincu bibir dan berbagai jenis losyen kecantikan.

 

 

Selain daripada diproses menjadi berbagai-bagai jenis coklat, serbuk koko juga boleh digunakan untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis serbuk minuman koko seperti MILO, Ovaltine dan VICO. Serbuk koko juga boleh dicampurkan dengan air, susu dan berbagai perisa seperti anggur untuk menghasilkan cairan minuman koko berperisa dalam kotak atau pun botol.

Share
Tagged: , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge