Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Khasiat Semula Jadi Koko

Khasiat Semula Jadi Koko

Ramai orang mengatakan bahawa makanan dan minuman yang diperbuat daripada koko adalah enak, melazatkan dan memberi nikmat. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui khasiat-khasiat yang boleh diperolehi daripada makanan dan minuman yang berasaskan koko.

Kenyataannya, koko merupakan sejenis tanaman pertanian semula jadi. Produk-produk koko pula dihasilkan setelah biji-biji koko melalui proses-proses tertentu tanpa dicampurkan sebarang bahan tambahan.

Lemak Koko

Lemak koko ialah lemak semula jadi yang terkandung di dalam biji koko. Lemak koko kaya dengan asid sterik iaitu lemak tepu. Walaupun, umumnya asid lemak tepu boleh meninggikan paras kolesterol tetapi asid sterik yang terdapat di dalam lemak koko adalah sejenis asid lemak tepu yang unik. Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa asid sterik tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah.

Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

Serbuk Koko

Serbuk koko merupakan produk bersama yang dihasilkan dengan lemak koko. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi serbuk koko juga mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ini termasuklah lemak, protein, karbohidrat, Vitamin A, B, D dan E. Pecahan peratusan bagi zat-zat terdapat dalam setiap 100 gram serbuk koko:

Share
Tagged: , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge