Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Zat Makanan Daripada Coklat

Zat Makanan Daripada Coklat

Pada hakikat tubuh manusia memerlukan zat-zat makanan yang seimbang yang boleh diperolehi daripada berbagai-bagai jenis makanan. Tidak ada makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Hanya cara pemakanan yang tidak baik seperti pengambilana yang berlebihan dan kurang seimbang serta penjagaan anggota-anggota badan yang tidak sempurna yang akan mendatangkan keburukan.

Unsur-unsur di dalam bahan makanan boleh dibahagi kepada lima kelas iaitu karbohidrat, lemak, protein, mineral dan Vitamin.

Karbohidrat

Karbohidrat umumnya menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulen koko) dan beberapaselulosa, gam dan pektin.

Coklat dan konfeksioneri mengandungi gula sebagai bahan asas yang akan membekalkan keperluan karbohidrat. Selain daripada itu, karbohidrat juga boleh diperolehi daripada selulosa dalam bentuk fiber walaupun dalam jumlah yang kecil yang diperolehi daripada koko dan kekacang yang dicampurkan ke dalam coklat. Oleh yang demikian, 100 gram coklat dapat menyumbangkan 17% daripada keperluan karbohidrat.

Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 35% daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

Kandungan lemak di dalam coklat dan konfeksioneri diperolehi daripada lemak koko, lemak susu di dalam coklat susu dan bahan isian lain seperti karamel dan kekacang yang mengandungi lemak sayuran. Coklat seberat 100 gram dapat menyumbangkan 15% daripada keperluan lemak oleh tubuh manusia.

Protein

Protein umumnya dianggap sebagai bahan pemakanan yang penting dengan lima fungsi berikut:-

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Koko mempunyai kandungan protein yang rendah. Walau bagaimanapun, susu yang terkandung di dalam coklat susu dan karamel merupakan sumber protein binatang yang bernilai. sementara koko dan kekacang yang menjadi bahan isian coklat merupakan sumber protein sayuran yang terbaik. Oleh yang demikian, coklat yang seberat 100 gram dapat menyumbangkan 6% daripada keperluan protein oleh tubuh yang dianggarkan 15% daripada pengambilan tenaga.

Vitamin

Walaupun coklat mengandungi jumlah vitamin yang kecil tetapi keperluan vitamin ini boleh diperolehi daripada susu yang merupakan bahan asas coklat susu terutama Vitamin B.

Vitamin mempunyai pelbagai fungsi kepada badan. Kebanyakan vitamin berfungsi sebagai ko-enzim yang diperlukan bagi memudahkan tindak balas enzim. Tiamina adalah penting untuk menukarkan karbohidrat. Riboflavin terlibat dalam pelepasan tenaga daripada glukos. Niasin pula terlibat dalam mempergiatkan beberapa tindak balas katabolik dan biosintetik.

Mineral

Zat mineral yang mengandungi kompaun tidak organik penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah.

Koko dan coklat mengandungi beberapa mineral seperti kalium (potasium) yang berparanan untuk mempergiatkan tindak balas biologikal dan membantu memelihara tekanan osmotik di dalam sel. Setiap satu aun coklat susu juga mengandungi 18 mg magnesium yang terlibat dalam pengeluaran tenaga dari sumber tenaga dalam badan ATP (Adenosin triphosphate) ke ADP (Adenosin diphosphate) semasa melakukan pergerakan atau aktiviti. Di samping itu, ia juga mengandungi zat besi yang bertindak untuk mengangkut oksigen dan karbon dioksida dalam badan. Fosforus terkandung dalam paras purata 75 miligram pada setiap satu aun susu coklat. Ia berfungsi untuk mengatur pelepasan tenaga dalam bentuk fospat, memudahkan penyerapan dan pengangkutan zat makanan dan membantu mengatur keseimbangan dasar asid di dalam badan.

Setiap satu aun susu mengandungi :-

Share
Tagged: , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge