Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Cara Simpan Coklat

Cara Simpan Coklat

Secara ringkasnya, coklat yang telah siap diproses dan dibungkus, hendaklah disimpan mengikut berikut:

  1. Bebas daripada bauan asing.
  2. Sistem pengaliran udara yang lengkap.
  3. Suhu penyimpanan pada 20ºC – 25ºC.
  4. Pada kelembapan bandingan 50 peratus.
  5. Tidak bersentuhan dengan dinding dan lantai.
  6. Terlindung daripada cahaya matahari.

Keadaan penyimpanan coklat yang optimum ialah pada suhu kira-kira 16ºC – 20ºC pada kelembapan bandingan 55 peratus dengan jangka hayat coklat susu di bawah keadaan tersebut adalah dalam tempoh satu tahun. Coklat gelap pula boleh disimpan selama dua tahun. Suhu penyimpanan coklat couverture ialah 20ºC – 25ºC dalam keadaan kering dan sejuk. Kelembapan bandingan pula ialah di bawah 50% dan tidak melebihi 70%. Coklat cair boleh disimpan di dalam tangki peleburan pada suhu 45ºC – 50ºC sebelum digunakan untuk proses seterusnya, iaitu penyepuhan dan acuan. Jika kelembapan bandingan yang tinggi, coklat menyerap kelembapan (air di sekelilingnya), seterusnya akan meningkatkan kepekatan yang mengurangkan jangka hayat coklat. Penyimpanan coklat cukai hendaklah dipastikan sekurang-kurangnya empat inci dari lantai dan dinding. Pengaliran udara juga hendaklah berada dalam keadaan kering dan jauh daripada simpanan barang yang berbau. Oleh sebab itu coklat mengandungi lemak, maka ia mudah menyerap bau yang berdekatan dengannya.

Share
Tagged: , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge