Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Cara Buat Agar-agar Mie Rebus

Cara Buat Agar-agar Mie Rebus

Bahan-bahan A

1 sudu teh serbuk agar-agar
80 g gula
170 ml air
100 ml susu segar
120 ml jagung biji (dikisar dan ambil jusnya)
15 ml susu pekat manis
secubit garam
beberapa titik pewarna kuning

Cara membuatnya
1. Satukan serbuk agar-agar, gula, air, susu, garam dan masak sehingga mendidih.
2. Ambil setengah cawan campuran tersebut dan campurkan dengan susu pekat.
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam kulit telur yang bersih dan bekukan.
4. Campur agar-agar dengan jus jagung dan sedikit pewarna kuning. Kacau rata-rata.
5. Tuangkan ke dalam loyang dan biarkan beku.
6. Parut memanjang menyerupai mi dan biarkan.

Bahan-bahan B
1 sudu teh serbuk agar-agar
120 g gula
60 g gula melaka
400 ml air
1 sudu teh serbuk koko
50 ml air panas
5 g ceri merah (dihiris)
5 g ceri hijau (dihiris)

(dicampurkan serbuk koko, air panas, ceri merah dan ceri hijau)

Cara membuatnya
1. Satukan agar-agar, gula, gula melaka, air dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan bancuhan koko, kacau dan tapis.
3. Tuangkan setengah ke dalam mangkuk mie.
4. Taburkan dengan sedikit agar-agar yang telah diparut dan biarkan beku.
5. Hiaskan dengan agar-agar telur dan hiriskan ceri.

Share
Tagged: , , , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge