Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Cara Buat Ayam Panggang Cili Bercoklat

Cara Buat Ayam Panggang Cili Bercoklat

Tajuk kali ini lain sikit dari yang lain, sebab tu ia kategori istimewa. Apa yang kita nak belajar kali ni bukan untuk buat coklat atau dari kek coklat, kita cuma menggunakan bahan-bahan dari coklat itu sahaja seperti serbuk koko. Kita akan belajar buat ayam panggang cili bercoklat, memang la tak sesuai untuk dipasarkan tapi ia boleh dibuatkan resipi istimewa untuk restoran-restoran, kedai makan ataupun buat makanan pengantin ok juga. Oleh kerana ia istimewa, sukar lah sikit nak buatnya. Sabarlah ye, adat belajar…hehe.

Bahan-bahan
1 ekor ayam (sederhana besar)
125 ml susu sejat
Jus dari 1/2 biji lemon
1 1/2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makanminyak masak
3 sudu teh cili serbuk
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (digariskan)
1 sudu makan bijan (digaringkan)
1 sudu makan gula
3 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada sulah
2 sudu makan bijan
sedikit minyak masak (untuk sapu)
(dicampurkan susu sejat dan jus lemon hingga menjadi susu masam)

Cara membuatnya
1. Sapukan ayam dengan sedikit minyak masak.
2. Panggang dalam ketuhar pada suhu 180ºC selama 40 minit atau hampir kekuningan.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar selama 8-10 minit.
4. Perasakan dengan garam dan lada putih.
5. Tuangkan sos ke atas ayam yang telah dipanggang.
6. Tutup dengan kerajang aluminium.
7. Panggang lagi selama 40 minit pada suhu 160ºC sehingga masak.
8. Taburkan sedikit bijan dan hidangkan panas.

Share
Tagged: , , , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge