Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Cara Buat Ban Coklat Urai dan Filet Ikan Kukus

Cara Buat Ban Coklat Urai dan Filet Ikan Kukus

Cara buat ban coklat dan filet ikan kukus, kali ni kita belajar dua jenis masakan. Dua dalam satu, betapa istimewanya resipi ini. Agak sukar sikit untuk membuatnya, banyak benda kena buat dengan bahan-bahan yang pelbagai tu.

Bahan-bahan A

Doh,
600 g tepung roti putih
2 sudu makan gula
2 sudu makan lelemak
1 susu makan yis segera
320 ml air suam
1 biji telur (dipukul)

Bahan-bahan B
1 biji kuning telur (untuk sapu)
30 g mentega (untuk sapu)
100 g coklat urai

Cara membuatnya
1. Campurkan gula, yis dan secawan air suam dalam mangkuk. Biarkan berbuih.
2. Campurkan tepung roti, lelemak, telur, campuran yis, baki air dan uli menjadi doh lembut. Biarkan naik sekali ganda.
3. Uli lagi dan bentukkan bebola kecil. Biarkan naik.
4. Sapu dengan kuning telur.
5. Bakar pada suhu 180ºC selama 20 minit atau hingga masak.
6. Sapu dengan mentega dan taburkan coklat urai di atasnya.

Filet ikan kukus

Bahan-bahan
200 g pes isi ikan
200 g pes isi udang
60 g coklat bebutang
4 sudu makan daun bawang (potong 1/2 cm panjang)
4 sudu makan sengkuang cina (dipotong dadu)
2 sudu makan bawang putih (dicincang)
4 sudu makan lobak merah (dipotong dadu)
100-140 ml air sejuk (campur air batu)

Perasa,
2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada putih
4 sudu makan hirisan daun bawang
3 sudu teh sos tiram
2 sudu teh sos ikan
3 sudu teh minyak bijan

Cara membuatnya
1. Campurkan pes ikan, pes udang dengan air sejuk.
2. Kacau selama 10 minit sehingga kental.
3. Masukkan bahan perasa dan kacau rata.
4. Bentukkan dan kukus sehingga masak.
5. Hias dengan coklat urai.
6. Hidang panas.

Share
Tagged: , , , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge