Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Cara Buat Biskut Coklat Badam

Cara Buat Biskut Coklat Badam

Mungkin antara kita sudah tak asing lagi dengan biskut coklat badam ni, kerana biskut ni cukup-cukup porpular pada hari raya. Tapi masalahnya tak asing dari segi makan saja lah kan, macam mana dari segi membuatnya. Tak lah susahpun nak buat biskut coklat ni, ok jom kita belajar cara buat biskut coklat badam.

Bahan-bahan
1 sudu teh serbuk penaik
120 g tepung jagung
360 g tepung
1 sudu teh esen almond
2 biji telur
60 g coklat masakan
180 g serbuk badam
380 g gula
180 g mentega
(diayakkan bersama serbuk penaik, tepung jagung dan tepung)

Hiasan
-buah badam (dicincang halus)
1 biji telur

Cara membuatnya
1. Pukul mentega dan gula.
2. Masukkan telur, coklat masakan, esen almond dan serbuk badam.
3. Gaulkan bahan ayak ke dalam adunan dan gaul rata.
4. Gelekkan setebal 1/2 cm dan terap mengikut bentuk yang disukai.
5. Sapukan telur yang telah dipukul, taburkan buah badam cincang dan bakar pada suhu 170ºC selama 20-25 minit atau sehingga masak.

Share
Tagged: , , , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge