Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Cara Buat Biskut Coklat Pusar

Cara Buat Biskut Coklat Pusar

Bahan-bahan
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh serbuk penaik
240 g tepung
3 biji telur
60 g mentega
30 g serbuk mentega kacang
30 g serbuk koko
125 g gula
60 ml air
250 g gula perang
-secubit garam
-kacang campuran bergaram (dicincang kasar)
(diayakkan bersama serbuk penaik dan tepung)

Cara membuatnya
1. Didihkan serbuk koko, gula dan air dengan api kecil di kuali dan masak sehingga larut. Biarkan sejuk.
2. Pukul mentega, mentega kacang, garam, gula perang dalam mangkuk berasingan sehingga kembang.
3. Masukkan telur dan esen vanila. Campurkan bahan yang telah diayak dan kacau sebati.
4. Griskan dulang pembakar berukuran 10 inci persegi. Tuangkan separuh bahan adunan ke dalam dulang pembakar yang telah disediakan.
5. Sapukan sebahagian dari sirap koko dan tuang baki adunan. Ratakan baki sirap di atas permukaan dan bentukkan pusaran menggunakan pisau.
6. Taburkan kacang di atas permukaan kek dan bakar pada suhu 170ºC selama 30-40 minit atau sehingga masak.

Share
Tagged: , , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge