Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Cara Buat Coklat Lompang

Cara Buat Coklat Lompang

Pernah makan tak coklat lompang? Ke langsung tak pernah dengar. Coklat lompang lebih kepada kuih tradisional melayu, ia biasanya dijadikan sebagai manisan selepas makan. Tapi generasi sekarang sudah lupa dan tak kenal coklat lompang ini, jika membuatnya jauh lah lagi. Malas cerita panjang, sekarang boleh lah kita belajar cara buat coklat lompang ini.

Bahan-bahan
150 g tepung beras
1/2 sudu makan tepung jagung
25 g serbuk koko
125 g gula
450 ml air
375 kelapa parut (tanpa kulit ari)
secubit garam
secubit kapur makan
(diayakkan bersama tepung beras, tepung jagung dan serbuk koko)

Cara membuatnya
1. Bancuh bahan ayak dengan 200ml air bersama garam dan kapur.
2. Didihkan gula dengan dengan bagi air sehingga larut.
3. Tapis dan tuangkan ke dalam adunan tepung sambil mengacau sehingga sebati.
4. Susun acuan lompang di dalam pengukus panas.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus sehingga masak.
6. Biarkan sejuk dan keluarkan dari acuan.
7. Hidangkan dengan kelapa parut.

Share
Tagged: , , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge