Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Cara Buat Kek Coklat Super Rich

Cara Buat Kek Coklat Super Rich

Bahan-bahan

Kek span,
2 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
210 g tepung berprotein tinggi
5 biji kuning telur
5 biji putih telur
85 g minyak jagung
115 ml air
110 g gula (dibahagi dua)

(diayakkan bersama serbuk koko, serbuk penaik dan tepung berprotein tinggi)

Inti,
1 sudu teh pes koko
3 sudu teh serbuk koko
5 biji telur
90 g mentega
140 ml susu pekat manis
900 g krim segar (diputar)

Hiasan,
230 g coklat masakan
85 g mentega
-coklat urai
-coklat “butter cream roses”
-coklat serpihan

Cara membuatnya

Kek,
1. Putar putih telur dengan sebahagian gula sehingga kembang.
2. Putarkan kuning telur dengan sebahagian lagi gula di dalam bekas berasingan sehingga kembang.
3. Campurkan kedua-dua adunan ini dan kacau hingga sebati. Gaulkan bahan ayak.
4. Masukan air, minyak jagung dan kacau.
5. Tuangkan ke dalam dulang pembakar bulat dan bakar pada suhu 160ºC selama 40 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk.
6. Potong menjadi lima lapisan. sapu dan lapiskan setiap lapisan dengan inti.
7. Salutkan tepi kek dengan inti tadi. Tuang dan ratakan coklat cair di atas permukaan kek.
8. Taburkan coklat urai dan coklat serpihan.
9. Hiaskan dengan baki inti.

Inti,
Campurkan serbuk koko, pes koko, kuning telur yang telah dipukul, susu pekat, mentega serta krim yang telah diputarkan dan kacau sebati.

Hiasan,
1. Cairkan coklat masakan dan masakkan mentega.
2. Kacau hingg lembut dan licin.

Share
Tagged: , , , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge