Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Cara Buat Puding Belang Harimau

Cara Buat Puding Belang Harimau

 

Bahan-bahan

Sirap (dididihkan bersama),
400 g gula
350 ml air
6 helai daun pandan

Campuran A,
4 sudu teh serbuk koko
100 g kanji kacang hijau (tepung “Hon Kue”)
600 ml air (dibahagi dua)
400 ml sirap (dari atas)

Campuran B,
125 ml santan pekat
50 g kanji kacang hijau
250 ml air
125 ml sirap (dari atas)
secubit garam

Cara membuatnya

Campuran A,
1. Campurkan serbuk koko, tepung kanji kacang hijau dan sebahagian air dan tapiskan.
2. Didihkan sirap dengan air selebihnya di dalam bekas berasingan.
3. Masukkan adunan yang telah ditapis.
4. Masak sehingga pekat.

Campuran B,
1. Campurkan santan kelapa dan tepung kanji kacang hijau.
2. Didihkan sirap, air dan masukkan garam.
3. Masukkan air adunan santan dan masak sehingga pekat.
4. Sudukan adunan A dan B berselang-seli ke dalam acuan untuk mendapatkan corak belang.
5. Sejukkan sehingga beku.

Share
Tagged: , , , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge