Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Cara Buat Puding Coklat Oren

Cara Buat Puding Coklat Oren

Sebut sahaja coklat, sudah tentu menjadi kegilaan buat sesetengah orang. Mungkin ramai di kalangan kita merupakan penggemar coklat dan ada juga yang boleh digelar sebagai coklat maniac!. Bagi sebahagian besar kanak-kanak termasuklah anak-anak kita, coklat merupakan suatu benda yang tidak dapat dipisahkan. Jadi satu bonus kepada golongan ibu atau bapa jika tahu cara buat coklat yang sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka seterusnya menjimatkan wang dari membeli coklat berjenama yang mahal untuk anak-anak tersayang. Jadi apa tunggu lagi, jom kita belajar buat coklat
puding oren.

Bahan-bahan
135 g mentega
135 g gula
2 biji telur (dipukul)
150 g tepung
30 g serbuk koko
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
180 g coklat masakan
Jus dari 1 biji oren
Parutan kulit dari sebiji oren
150 ml susu segar
Gula icing
Ceri dan hirisan oren

(diayakkan bersama tepung, serbuk koko dan serbuk penaik)

Cara memuatnya
1. Sapu acuan berbiku berukuran 6 inci.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
3. Pukul telur di dalam bekas berasingan dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
4. Masukkan jus dan parutan kulit oren dan pukul seketika.
5. Gaulkan bahan ayak ke dalam adunan dan gaul rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan dan tutup dengan kertas kalis minyak dengan kemas.
7. Kukus selama 1 jam.
8. Cairkan coklat masakan bersama-sama susu.
9. Tuangkan campuran coklat cair ini ke atas puding yang telah masak dan taburkan sedikit gula ising di atasnya.
10. Hiaskan dengan ceri dan hirisan oren.
11. Hidangkan ketika sejuk.

Share
Tagged: , , , , , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge