Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Cara Buat Puding Hati Coklat

Cara Buat Puding Hati Coklat

Bahan-bahan
24 g agar-agar
35 g serbuk koko
5 biji telur
60 g serbuk santan
225 g mentega
285 g gula
375 g susu pekat manis
1350 ml air
pewarna kuning

Cara membuatnya
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
2. Masukan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Didihkan agar-agar bersama air.
4. Masukkan santan. tuangkan ke dalam adunan mentega.
5. Panaskan adunan diatas api kecil dan bahagikan kepada dua bahagian.
6. Masukkan serbuk koko ke dalam bahagian pertama dan pewarna kuning ke dalam bahagian kedua.
7. Biarkan adunan kuning sentiasa panas di atas api kecil.
8. Tuangkan adunan koko ke dalam acuan bulat dan biarkan beku.
9. Cedukkan keluar bahagian tengah agar-agar dan tuangkan adunan kuning ke dalamnya.
10. Taburkan cebisan puding yang telah dicedukkan tadi sebagai hiasan. Sejukkan sehingga beku.

Share
Tagged: , , , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge