Cara Buat Puding Pic Coklat

Bagi peminat puding dan pada masa yang sama peminat coklat, wajib tahu cara buat puding pic coklat ini. Tidak susah mana pun nak buatnya, baca saja proses-proses membuat puding ini insya Allah dah boleh buat. Puding ni sesuai untuk dijadikan sebagai manisan selepas makan.

Bahan-bahan
7 g serbuk agar-agar
300 g gula
800 ml air buah-buahan campuran
4 sudu makan serbuk koko (dibancuh dengan air)
200 g buah pic (dipotong dadu)
6 biji putih telur
3 sudu teh air suam
-secubit garam

Cara membuatnya
1. Dididihkan air bersama-sama serbuk agar-agar, 3/4 bahagian gula, air buah-buahan campuran dan garam.
2. Masukkan bancuhan koko dan kacau.
3. Biarkan sejuk sedikit dan tuangkan 1/2 bahagian ke dalam acuan (biarkan sebahagian lagi dalam keadaan panas).
4. Taburkan pic dan biarkan beku. Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula lagi.
5. Tuangkan baki agar-agar panas.
6. Cucukkan permukaan agar-agar yang telah beku tadi dengan garpu.
7. Tuangkan agar-agar putih telur di atasnya dan sejukkan sebelum dihidangkan.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.1/10 (12 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +11 (from 11 votes)
Cara Buat Puding Pic Coklat, 9.1 out of 10 based on 12 ratings

Carian Cara Buat Coklat:

  • cara membuat puding
  • cara buat puding coklat
  • cara buat puding
  • cara cara buat puding
  • cara membuat agar agar
  • agar agar serbuk 7 g
  • resepi puding pic
  • cara membuat puding coklat
  • cara cara membuat puding
  • agar-agar buah
Share