Coklat selama ini dianggap sebagai makanan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kesihatan badan. Oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membuktikan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.

1. Coklat Makanan Berkhasiat

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada pemakanan berikut:-

0" cellpadding="2">
Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
Maka
Coklat boleh menyumbangkan :-
15% LEMAK
6% PROTEIN
17% KARBOHIDRAT
15% TENAGA
++ VITAMIN dan MINERAL yang diperlukan

2. Lemak Koko Dalam Coklat Merendahkan Paras Kolesterol

Lemak koko dalam coklat mengandungi 38% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

3. Bahan Anti-Kerosakan Gigi Dalam Coklat

Melalui kajian yang dijalankan mendapati bahawa coklat mengandungi bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.

Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.

Kasein di dalam coklat susu pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid. Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.

Asid aksolik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

4. Coklat Mudah Cair Dalam Muluk

Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri0ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.

5. Coklat Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

6. Coklat Makanan Penuh Tenaga

Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia sangat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (8 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +8 (from 8 votes)
Kebaikan Coklat, 10.0 out of 10 based on 8 ratings

Carian Cara Buat Coklat:

  • kertas buat cover coklat bar
Share

Leave a reply

required

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> 

CommentLuv badge