Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Kenapa kita perlu belajar cara buat coklat

Kenapa kita perlu belajar cara buat coklat

Rasa-rasanya kami tak perlu terangkan apa tu coklat, semua dah tahu kan? Dari namanya sahaja semua orang dah tahu kelazatan coklat, hampir semua masyarakat menyukai coklat dari kanak-kanak sampailah orang dewasa. Tetapi coklat sering kali dikaitkan dengan imej-imej yang buruk yang dikatakan boleh menjejaskan kesihatan manusia. Namun tajuk artikel ni merupakan satu pertanyaan, kenapa kita perlu belajar cara buat coklat? Ini menandakan imej-imej negatif tentang coklat cuma pembohongan sahaja, coklat bukan sahaja baik dari segi kesihatan malah dari segi ekonomi dan kasih sayang. Kalau tak percaya boleh sambung pembacaan yer, saya akan jelaskan satu persatu insya Allah.

Coklat Banyak Kebaikan

Sebab pertama kenapa kita perlu belajar cara buat coklat adalah, coklat sejenis makanan yang banyak kebaikan. Betul ke banyak kebaikan, coklat kan manis, boleh banyak penyakit pulak tu…Nanti dulu, coklat tercipta dari buah koko yang banyak khasiatnya. Walaupun coklat mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi tetapi ia hanya menyumbangkan sebahagian kecil iaitu 15% daripada tenaga yang diperlukan. Daripada koko tu terdapat zat makanan seperti karbohidrat, lemak sayuran, protein, vitamin dan mineral. Lemak sayuran koko dalam dalam coklat boleh merendahkan paras kolesterol, coklat juga mengurangkan risiko sakit jantung. Banyak lagi tentang kebaikan coklat yang tak dapat saya nyata pada artikel ini, ia akan dikhaskan pada satu artikel lain. Dengan coklat yang banyak kebaikan tu sesuai sangatlah bagi kita untuk belajar buat coklat.

Sebab Ramai Minat Coklat

Sebagaimana yang telah saya katakan, ramai yang minat pada coklat. Maka dengan sebab itu kita perlu belajar cara buat coklat. Jika kita mahir dalam bidang yang kita minat ia merupakan satu kesorokan dan kepuasan pada diri kita sebenarnya. Dan saya yakin andapun minat coklat, betulkan? Kalau tidak, sudah tentu anda tak baca artikel pada website ni.

Coklat Banyak Permintaan

Sebenarnya, dengan coklat kita boleh buat duit bukan setakat pendapatan sampingan malah ia lebih dari pendapatan tetap. Hal ni dapat dibuktikan dengan bukti enjin carian google yang melebihi 500,000 sebulan! yang membuktikan coklat banyak permintaan. Sebab itulah kita perlu sangat-sangat mahir dalam membuat coklat apatah lagi penganggur, suri rumah ataupun ibu tunggal. Dengan ramainya peminat coklat, secara tak langsung ia akan membuka pintu rezeki bagi kita yang hendak belajar cara buat coklat ni. Kami tak cakap kosong, telah ada yang berjaya dalam bisnes coklat.

Kesimpulan

Kita yang hendak belajar buat coklat perlulah berusaha mencari guru atau membeli panduan-panduan seperti video, buku, ebook dan sebagainya. Dengan kepantasan kita bertindak, kita akan lebih maju daripada kawan-kawan kita. Apa-apa pun, telah diketahui koko atau coklat merupakan anugerah semula jadi. Sebagai satu bahan makanan yang tidak menimbulkan kemudaratan kepada kesihatan kita. Sebaliknya tabiat pemakanan manusia sendiri yang biasanya menjadi punca kepada masalah kesihatan dan penyakit. Wallahua’lam.

Share
Tagged: , , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge