Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Nak Buat Coklat jenis apa?

Nak Buat Coklat jenis apa?

Coklat buatan tangan adalah terdiri daripada produk-produk coklat yang mengandungi berbagai jenis inti dan isian. Pembuatan coklat pada asasnya merupakan suatu seni. Untuk menghasilkan produk yang bermutu ia memerlukan kemahiran atau kepakaran yang hanya boleh diperolehi melalui pengalaman. Sebelum melakukan sesuatu teknik pembuatan coklat, jenis coklat yang digunakan untuk salutan perlulah diketahui.

Coklat iaitu sejenis makanan yang sangat popular di kalangan penggemar makanan manis boleh didapati dalam berbagai bentuk dan adunan. Diantaranya ialah coklat susu, coklat kosong, coklat putih, coklat pahit-manis, coklat masakan, “converture” coklat dan coklat compound.

Kandungan dan ciri-ciri bagi setiap jenis coklat adalah berbeza di antara satu dengan yang lain. Kepingan coklat yang terdapat di pasaraya mempunyai ciri yang berbeza dari coklat “couverture”. Ini kerana “converture” mengandungi lebih banyak dan berkilat lebih rendah. Oleh yang demikian lemak koko perlu ditambahkan kepada kepingan coklat.

Coklat yang mengandungi lemak koko sebagai lemak memerlukan penstabilankristal sebelum digunakan sebagai salutan. Untuk menghasilkan permukaan coklat yang bersinar dan berkilat, teknik penstabilankristal yang betul perlu dilakukan.

Share
Tagged: , , , , , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge