Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Salah Tanggapan Terhadap Coklat

Salah Tanggapan Terhadap Coklat

Salah tanggapan yang wujud dikalangan pengguna-pengguna mengenai coklat telah memberikan imej negatif terhadap produk ini. Namun demikian, sejauh manakah kebenaran dan kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebuk?

1. Kerosakan Gigi

PALSU Coklat menyebabkan kerosakan gigi
PUNCA Kerokan gigi terjadi apabila asid yang terbentuk di dalam mulut mendedahkan mineral daripada enamel gigi dalam sesuatu jangka masa. Asid ini terbentuk hasil pemeraman bahan-bahan makanan oleh bakteria di dalam mulut.Beberapa faktor yang mempengaruhi proses kerosakan gigi adalah seperti berikut:-

1. Sejauh mana bahan-bahan makanan yang diambil mengeluarkan asid.

2. Kesan pembiakan bakteria dan pembentukkan asid di dalam mulut.

3. Sejauh mana bahan-bahan makanan yang diambil tersimpan di dalam mulut atau melekat di celah gigi.

4. Adanya bahan anti-kerosakan gigi yang terdapat dalam makanan yang boleh membantu melindungi gigi.

5. Kekerapan sesuatu jenis makanan tersebut diambil.

BENAR Kajian yang telah dijalankan di Massachusetts Institute of Technology membuktikan bahawa coklat sebenarnya mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan oksalik.

1. TANNIN di dalam coklat menghalang pembiakan bakteria di dalam mulut dan akan menghalang kerosakan gigi.

2. KASEIN dalam ckolat susu bertindak dalam mengurangkan pengeluaran asid yang akan menghalang pertumbuhan plak. KASEIN juga dapat membantu dalam pertumbuhan gigi.

3. Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim oleh bakteria yang bertindak menukarkan karbohidrat kepada asid laktik yang boleh merosakan gigi.

4. Coklat mudah cair di dalam mulut. Oleh yang demikian, coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut yang boleh menggiatkan proses kerosakan gigi.

2. Risiko Sakit Jantung

PALSU Coklat mengandungi kolesterol yang tinggi dan punca kepada penyakit koronari jantung
PUNCA Salah satu punca sakit koronari jantung ialah peningkatan kolesterol di dalm darah. Paras ini dipengaruhi oleh jumlah dan jenis lemak dalam pemakanan. Penyakit koronari jantung merupakan sindrom yang terjadi apabila koronari arteri gagal membekalkan darah secukupnya kepada otot jantung akibat darah beku yang akan menyumbat arteri. Kegagalan jantung mendapat bekalan darah akan menyebabkan jantung berhenti berfungsi.

Perjalanan aliran darah terganggu disebabkan oleh :-

Pembentukkan Plak

Pembentukkan plak berlaku apabila terdapat simpanan lemak dan bahan fiber yang menyempitkan saluran darah dan menghalang pengangkutan darah.

Thrombosis

Thrombosis berlaku apabila darah beku di dalam arteri. Keadaan ini akan menghalang pembekalan aksigen ke jantung.

Benar Asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terdapat di dalam lemak koko berbeza daripada asid lemak tepu yang lain. Penyelidikan yang dijalankan di Pennsylvania State University telah membuktikan bahawa asid sterik di dalam lemak koko tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol. Asid sterik ini merupakan kolesterol yang baik yang tidak mengakibatkan tersumbat.Lemak koko juga mengandungi asid oleik sejenis asid lemak tidak tepu yang tinggi yang akan merendahkan LDL tetapi tidak mengubah HDL.

3. Kegemukan Atau Keobesan

PALSU Coklat menyebabkan kegemukan atau keobesan
PUNCA Keobesan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.

Benar Walaupun coklat mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi tetapi ia hanya menyumbangkan sebahagian kecil isitu 15% daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan dalam sehari.Pengambilan makanan yang berlebihan bukan coklat semata akan menggemukkan badan. Keadaan ini semakin buruk lagi jika individu tersebut kurang melakukan atau aktiviti yang boleh menggunakan tenaga yang diambil.

4. Jerawat

PALSU Coklat punca jerawat
PUNCA Jerawat terjadi apabila terdapat sekatan daripada sebaceous follicles di aliran minyak. Punca sekatan ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:-

  • Saluran tersumbat apabila kotoran terperangkap di dalam minyak.
  • Aliran keluar minyak yang berlebihan
  • Jangkitan bakteria
  • Tindak balas psiologikal hormon di dalam aliran darah.
  • Warisan genetik.

Benar

Coklat tidak mempunyai perkaitan dengan kewujudan jerawat. Sekolah Perubatan University Missouri telah menjalankan kajian selama 6 tahun terhadap kesan-kesan amalan makanan terhadap jerawat. Pada peringkat awal, 10 orang pesakit daripada 100 pesakit telah dipilih kerana mempunyai masalah kulit yang berkaitan dengan pemakanan coklat. Pesakit-pesakit tersebut telah diberi makan coklat secara berlebihan dan hasil yang diperolehi mendapati bahawa coklat tidak mempunyai perkaitan dengan jerawat.
Oleh itu, ‘Journal of the American Medical Association’ menyatakan bahawa faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat. Sementara ‘The American Academy of Dermatology’ pula memastikan bahawa mengikuti peraturan pemakanan yang ketat tidak akan memberihkan kulit.

Share
Tagged: , , ,

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge