Shop
Artikel Blog Cara Buat Coklat

Sejarah Coklat

Sejarah Coklat

Kita telah mengetahui, coklat adalah produk daripada koko. Dimana koko telah lama wujud di Lembangan Amazon dan juga kawasan tropika Amerika Tengah dan selatan. Pada abad ke-16, masyarakat Aztec terutamanya di Maxico City, menggunakan biji koko sebagai bahan minuman yang dikenali sebagai “choclatl“. Minuman ini masih dapat diperoleh hingga hari ini terutamanya di Colombia dan Filipina.

Pada tahun 1674, pihak Inggeris telah memperkenalkan coklat keping berbentuk bulat dan panjang dalam cita rasa Sepanyol. Coklat keping pertama dihasilkan pada tahun 1847 di England oleh Fry apabila beliau mengadunkan serbuk koko dengan lemak koko dan gula. Inilah titik tolak penghasilan resipi coklat komersial.

Pada tahun 1847, SyarikatFry di United Kingdom, mula memperkembangkan idea bagi penghasilan coklat sedia dimakan dengan mengadunkan serbuk koko, hasilan lemak koko dan gula dengan menjual produk pertama, iaitu “chocolate delicieux a manger”.

Coklat susu mula dihasilkan di Switzerland pada tahun 1875 oleh Daniel Peter dimana koko telah dicampurkan dengan susu pekat. Di Belgium pada tahun 1925, Barry Callebaut mula menghasilkan coklat converture, tetapi tiada maklumat yang diperolehi dalam penghasilan coklat converture.

Share
Tagged: , , , ,

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge